Showing posts with label Perjalananku. Show all posts
Showing posts with label Perjalananku. Show all posts

Wednesday, July 07, 2010

Senarai Kursus Semester 7

Minggu depan akan bermulalah semester baru bagi pengajian sesi 2010/2011. Maka dengan itu eloklah lah kiranya kita mulakan pengajian dengan azam yang baru untuk menjadi lebih terbaik. Dengan rasminya saya akan melangkah ke semester 7 dan memasuki tahun akhir pengajian saya di USIM ini. Berikut adalah subjek dan senarai kursus saya bagi semester 7 sesi 2010/2011.


Kod Keterangan Kredit Kumpulan








AAD3023ADAB AL-IKHTILAF3KAA
AAD3133PSIKOLOGI DAKWAH3KAA
AAD3153ORIENTALIS TERHADAP ISLAM3KAA
AAD4013PERANCANGAN DAN STRATEGIK DA'WAH3KAA
AAM3093METODOLOGI PENYELIDIKAN DA'WAH3KAA
UTA2082PENGAJIAN HALAQAH2HAA8



p/s: Subjek-subjek terakhir yang saya kena ambil.Semoga dipermudahkan.

























Monday, December 28, 2009

Perjuangan Sudah Bermula


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini semester baru sudah bermula. Kuliah pun sudah bermula pagi tadi. Tapi sayangnya, aku tak dapat hadir.Aku di uji dengan demam dan selesema. Ya Allah kau sembuhkanlah hambaMu ini. Jadi mulai detik ini bermulalah perjuangan aku bagi menempuhi semester baru ini. Sedar tak sedar aku sudah berada di semester 6. Azam baru semester ini nak tebus balik kekecewaan semester lepas dan akan berusaha semaksimum mungkin(Iye ke?)..Insya Allah, boleh!!

Sebanyak 20 jam kredit dan 7 subjek yang aku kena ambil semester ni.Banyak tuh!!..huhuh..Kalau tengok jadual kuliah memang padat.Ada kuliah bermula seawal jam 8 pagi.Memang aku paling tak suka kuliah time ni hihihi..Ditambah pula ada kuliah malam sem ni.memang best.hahahaha.Itu baru kuliah,belum masuk kelas tutorial lagi. Memang penat kan??Apa pun ini 1 cabaran untuk aku.Aku harus memandang ke hadapan. Perjuangan mesti diteruskan.Gambate!! Teringat kata-kata sahabatku yang xjemu-jemu bagi tashji’ kat aku..”Akhi,I know you can perform better this semester, Enta kena Semangat!!!Dont Give up!!Ayuh Bangkitlah!!”. Syukran ya Akhi kareem.May Allah Bless You.

Berikut adalah subjek-subjek aku sem ni:


1) Research Methodology

2) Human Resource Development

3) Al-Milal wa Al-Nihal

4) Firaq Islamiyyah

5) Creative Thinking and Problem Solving

6) Asas-asas Kaunseling

7) Pengajian Halaqah

8) Keusahawanan

Subjek-subjek tersebut terdiri daripada 3 jam kredit dan 2 jam kredit dan hanya diajar dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sahaja. Ya Allah Engkau permudahkan lah perjalananku dalam menuntut ilmuMU.

Ok.Aku rasa setakat itu dulu kot untuk kali ini. Kalau nak ulas 1 persatu tentang subjek-subjek tu,panjang pulak ceritanya nanti. Insya Allah aku aku cerita pada Post yang akan datang. Wallahualam.


Doa Dipermudahkan Segala Urusan

“Ya Allah!Permudahkanlah kami setiap urusan yang sukar, kerana perkara itu mudah di sisiMu. Ya Allah, mudahkan kami segala urusan kami serta berikan ketenangan pada hati kami dan tubuh badan kami, serta berikan keselamtan dan kesihatan pada agama dan dunia kami.’’

Doa Bagi Mendapat Ilmu Yang Bermanfaat

Ya Allah, Kami pohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat,hati yang khusyuk,keyakinan yang benar,agama yang lurus,rezeki yang lumayan,amalan yang soleh,serta kesihatan yang sempurna dan berkekaln. Kami bersyukur di atas kesihatan yang engkau kurniakan ini dan kami memohon kepadaMu supaya kami dikurniakan kekayaan antara semua manusia”.


Amin Ya Rabbal A’lamin.

Thursday, December 24, 2009

Berani Gagal



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah aku sudah pun selamat sampai Nilai. Terima kasih kepada faizie yang pick up aku pagi tadi. Dalam perjalanan pulang semalam,aku mendapat tahu yang keputusan peperiksaan sudah keluar. Dengan perasaan yang penuh debar aku pun mencapai laptop dan terus taip www.usim.edu.my. Agak terkejut juga bila tengok result aku. Bukan terkejut disebabkan dapat pointer tinggi,tapi terkejut sebab result aku agak mengecewakan.. Walaubagaimanapun Alhamdulillah, aku tetap bersyukur dengan keputusan yang aku dapat walaupun tak berjaya mencapai sasaran yang aku letakkan. Walaupun agak kecewa, Aku terima dan redha.memang patut dan layak aku dapat keputusan macam tu.

Tapi Alhamdulillah la, pointer aku masih kekal 3 pointer and above. Itu saja yang dapat memuaskan hati aku buat masa ni. Insya Allah aku akan Muhasabah balik yang mana kurang. Mungkin dari segi persedian,dan mungkin juga tentang hubungan aku dengan Allah yang aku terlepas pandang. Mungkin juga hubungan aku dengan kawan-kawan,keluarga dan sebagainya. Semua tu,kena check and balance balik. Seperti mana Saidina Umar R.A pernah berkata :

Hisablah (muhasabahlah) diri kamu sebelum kamu dihisab dan timbanglah amalan kamu sebelum ia ditimbang”


Bagaimana pulak dengan anda semua?Puas hati tak dengan keputusan korang?

Kepada yang Berjaya diucapkan tahniah dan kepada yang kurang bernasib baik juga diucapkan tahniah.Mungkin belum ada rezeki.Allah maha Mengetahui apa yang terbaik untuk Kita.Anggap ini sebagai satu cabaran untuk lebih berusah pada semester akan datang. Kepada yang gagal tu(termasuk aku juga) jangan putus asa,jangan sedih ok.Lipat gandakan usaha untuk semester baru nanti. Belajar dari kegagalan.Kita kena berani untuk gagal.

Jika kita baru saja mengalami kegagalan dan kita berfikir bahawa kita adalah manusia yang paling gagal di dunia, kita harus membuka mata kita lebar-lebar dan mulai melihat dunia di mana terdapat ribuan orang yang pernah mengalami kegagalan yang lebih buruk dari yang kita alami namun mereka berhasil melewati masa-masa sulit mereka menuju kepada keadaan yang lebih baik lagi.

Tidakkah kita pernah terfikir kegagalan adalah pemangkin serta pencetus kepada kejayaan sebenar? Pernahkah anda mendengar kisah Thomas Alva Edison, apabila dia ditanya oleh seorang wartawan adakah dia pernah merasakan dia seorang yang gagal dan akan berputus asa dalam merealisasikan mentol tersebut. Thomas Alva Edison menjawab:
Orang muda, mengapa harus aku merasakan diriku seorang yang gagal? Dan mengapa harus aku berputus asa? Aku sekarang sudah mengetahui lebih 9,000 cara yang akan membuatkan mentol elektrik tidak akan berfungsi. Kejayaan hampir dalam gengaman aku.

Tidak lama kemudian Thomas Alva Edison berjaya mencipta mentol elektrik pertama selepas lebih 10,000 kali percubaan.

Kita harus berani untuk gagal. Hidup ini tidak lengkap tanpa kegagalan. Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Hari ini mungkin kita rebah tersungkur, tetapi kita masih ada hari esok yang akan mencorak masa depan kita. Hanya yang berani dan tabah sahaja akan mampu menukar kegagalan kepada kejayaan yang manis.

Sebenarnya gagal adalah lumrah kehidupan.Semua orang pernah gagal.Kalau kita Tanya balik orang-orang yang berjaya sekarang ni,semua pernah melalui kegagalan.Bahkan mereka bangga menceritakan kegagalan mereka.Disebabkan kegagalan mereka menikmati kejayaan.

Aku rasa sekadar itu dulu.Aku harapkan coretan ini sedikit sebanyak dapat memberikan input yang berguna kepada pembaca sekalian(kalau ada yang bacalah) dan dapat mencetuskan semangat baru untuk kita semua. Segala salah dan silap aku mohon maaf.Sesungguhnya aku insan yang lemah disisi Allah SWT. Jumpa lagi untuk post yang akan datang.
Wallahualam..

Quote of the day :

Hidup manusia adakalanya membahagiakan, ada ketika mendukacitakan. Persis roda yang berputar, terkadang di atas terkadang gelunsur turun ke bawah pula. Tatkala senang itu tiba, hati serasa indah tak terkata. Namun bila ujian Allah tiba, terkadang kita tersungkur rebah menangisi sebuah kekecewaan.


p/s: “The road to success is paved with failure” Joey Green.

Untuk tatapan anda:

Maher Zain-InsyaAllah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insha Allah
Insya Allah we’ll find the way

Saturday, December 12, 2009

Travelog Dakwah


Alhamdulillah aku baru sahaja selesai membaca buku Travelog Dakwah,Meniti Hari Esok. Walaupun pada hakikatnya aku agak terlambat membacanya kerana buku ini sudah lama di terbitkan pada tahun 2008. Aku bersyukur kerana dapat juga baca sampai habis. Buku ini ditulis oleh Prof.Dr.Haji Muhd Kamil Ibrahim.Beliau merupakan Profesor Perakaunan di Universiti teknologi Mara(UITM).

Buku ini mengisahkan perjalanan yang di lalui oleh penulis sendiri,bagaimana beliau berdakwah kepada diri sendiri dan juga orang lain. Buku ini juga memberi kesedaran kepada aku supaya terus mencari keredaan Allah, Disebalik kejahilan dan kekurangan diri dalam perjalanan hidup yang tersisa sementara menanti hari esok yang kekal abadi.Buku ini juga memberi keinsafan kepada diri aku tentang tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi ini di samping mensyukuri nikmat-nikmat yang diberikan,dan juga mengakui kekuasaan Allah SWT.

Aku bersyukur kerana di beri kesempatan untuk membaca buku ini yang sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada aku memperbaiki diri yang jahil,lemah lagi hina di sisi Allah SWT. Syabas Diucapkan kepada Penulis yang menghasilkan buku yang hebat sebegini. Bagi sesiapa yang belum baca,aku syorkan baca buku ini. Isi Kandungan dia memang menarik dan Menyentuh jiwa. Selepas ini aku akan dapatkan sebuah lagi buku yang ditulis oleh penulis yang sama iaitu Travelog Haji:mengubah Sempadan Iman.Insya Allah.Ok sekadar itu dulu,untuk post kali ini.WallahuA'lam.

p/s: Terima kasih daun keladi kepada orang yang menghadiahkan buku ini kepada aku,Naimah,Cidah dan Kawan-kawannya yang lain.(Maaf xkenal nama).

Saturday, November 21, 2009

Akhirnya Kembali...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Bersyukur ke Hadrat Allah Tuan Yang Punya Alam Yang Memberikan segala nikmat,selepas diberi nikmat yang paling besar iaitu nikmat islam,iman dan kesihatan.Alhamdulillah Aku masih lagi bernafas dan mampu menghirup udara serta mampu menjalani kehidupan harian sebagai seorang hamba yang lemah lagi hina disisi Allah SWT.
Justeru,setelah sekian lama aku menyepi,akhirnya aku kembali ke laman yg telah ku bina sejak berbulan2 yang lalu tanpa sebarang kemaskini.huhuhu betapa sedihnya. Dah lama rasa aku x jenguk2 ke blog ni dek kerana kekangan masa dan waktu . Begitulah realitinya,menulis bukanlah sesuatu yang mudah. Ia merupakan 1 tugas yang mencabar yang Memerlukan kekuatan fizikal dan mental. X semua orang yang betul2 pandai menulis. Ia merupakan satu anugerah yang cukup istimewa.Ada orang yang hebat dalam kata-kata,debat,ceramah dan sebagainya,tetapi kurang mahir dalam penulisan.Ada yang pandai menulis,tapi kurang mahir dalam perdebatan,ceramah,khutbah dan sebagainya.Begitulah sebaliknya.Masing-masing mempunyai kelebihan. Bergantung pada minat masing-masing.
Tapi itu bukan alasan untuk aku menyerah.Bak kata pepatah melayu"Usaha Tangga Kejayaan","Dimana ada kemahuan Disitu Ada Jalan”. Wallahu a’lam.

Monday, April 13, 2009

Sekapur Sireh Seulas Pinang

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Salam sejahtera pembuka bicara.Alhmadulillah bersyukur kehadrat Allah,di atas segala nikmat yang diberikan,selepas diberi nikmat islam,iman dan kesihatan, dapat juga aku membina sebuah blog yang tak seberapa ini. Ini baru permulaan bagiku untuk menceburi bidang penulisan yang agak mencabar dan asing bagiku.Sesungguhnya aku tidak lah berapa pandai sangat untuk berpuitis mahupun bermadah. Insya Allah akan ku cuba sedaya upaya memerah otak untuk menterjemahkan segala ilmu,maklumat atau pengalaman ke dalam bentuk penulisan.

Semoga dengan adanya blog ini sedikit sebanyak dapat menjadi wadah atau wasilah bagiku untuk berkongsi segala ilmu dan informasi untuk manfaat semua.**ILMU DEMI FAEDAH INSAN**


Wallahu A'lam