Thursday, July 01, 2010

Pelajar perempuan dominasi kemasukan ke universiti awam

KUALA LUMPUR: Pelajar perempuan terus mendominasi kemasukan di universiti awam apabila menguasai 64.8 peratus atau 26,229 daripada 40,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2010/2011 yang akan mendaftar pada Sabtu dan Ahad ini.

Jumlah mereka juga melebihi lelaki bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf yang akan mendaftar pada tarikh sama dan 23 Mei lalu dengan 21,567 pelajar perempuan berjaya mendapat tawaran atau 58.45 peratus daripada keseluruhan 36,900 tempat kemasukan.

Hanya 35.2 peratus atau 14,277 pelajar lelaki mendapat tempat dalam program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama) dan 41.55 peratus atau 15,333 untuk kemasukan program lepasan SPM atau setaraf.

Menurut sumber Kementerian Pengajian Tinggi, jumlah penawaran tempat kepada pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki bagi semua kategori kaum bagi kedua-dua peringkat program pengajian.

Bagi program ijazah pertama, 18,814 atau 65.7 peratus pelajar Bumiputera adalah perempuan berbanding 9,819 atau 34.3 peratus lelaki, Cina (5,909 atau 61.8 peratus perempuan dan 3,660 atau 38.2 peratus lelaki), manakala India dan lain-lain (1,506 atau 65.4 peratus perempuan dan 798 atau 34.6 peratus lelaki).

Sumber itu berkata, bagi program lepasan SPM/setaraf, 21,032 atau 58.50 peratus pelajar Bumiputera adalah perempuan berbanding 14,919 atau 41.50 peratus lelaki, Cina (351 atau 58.50 peratus perempuan dan 249 atau 41.50 peratus lelaki), manakala India dan lain-lain (205 atau 58.74 peratus perempuan dan 144 atau 41.26 peratus lelaki).

Katanya, dominasi kemasukan pelajar perempuan ke IPTA selari jurang gender yang amat ketara antara pelajar perempuan dan lelaki dalam permohonan untuk kemasukan program lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Setaraf (Ijazah Pertama), tahun ini.
Beliau berkata, sebanyak 67 peratus atau 41,046 daripada keseluruhan 61,228 permohonan diterima adalah daripada pelajar perempuan dengan jumlahnya melebihi sekali ganda berbanding hanya 33 peratus atau 20,182 calon lelaki.

Malah, bilangan pemohon perempuan pada kemasukan tahun ini meningkat berbanding 40,886 tahun lalu, melebihi sekali ganda daripada 20,141 permohonan oleh pelajar lelaki.

Katanya, bilangan pelajar perempuan mengatasi lelaki bagi permohonan dalam semua kategori kaum yang meliputi 44,305 Bumiputera, Cina (12,342) serta India dan lain-lain (4,581).

Bagi kategori Bumiputera, 68.8 peratus atau 30,471 permohonan diterima daripada perempuan berbanding 31.2 peratus atau 13,834 lelaki, Cina (62.4 peratus atau 7,701 perempuan, 37.6 peratus atau 4,641 lelaki), manakala India dan lain-lain (62.7 peratus atau 2,874 perempuan dan 37.3 peratus atau 1,707 lelaki).

Malah, bilangan calon perempuan jauh mengatasi lelaki bagi permohonan program lepasan SPM/setaraf dalam semua kategori kaum dengan Bumiputera 60.25 peratus, Cina atau 62.87 peratus dan India serta lain-lain 61.56 peratus.

Sementara itu daripada jumlah tempat ditawarkan IPTA bagi program ijazah pertama, Universiti Utara Malaysia (UUM) mendahului senarai dengan mengambil seramai 4,392 pelajar baru, diikuti Universiti Malaysia Sabah (UMS) (4,001) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) (3,717).

Universiti Sains Malaysia (USM) (3,694), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (3,436), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) (2,973), Universiti Malaya (UM) (2,819) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (2,495), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (2,304), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (2,218), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) (1,945), Universiti Malaysia Pahang (UMP) (1,674), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) (1,406).

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) (1,168), Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA – sebelum ini dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia/UDM) (881), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) (678), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (445) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (260)

Sumber: http://www.bharian.com.my 1 July 2010


p/s: Kelmarin telah berlangsung bengkel taklimat pembantu urusetia untuk program minggu taaruf kemasukan pelajar baru bagi sesi 2010/2011. Ada 6 unit jawatankuasa terdiri daripada 120 orang terlibat menjadi pembantu urusetia untuk minggu taaruf pelajar baru nanti.Hari ini akan bermulalah gerak kerja bagi menyusun pergerakan perjalanan untuk hari kejadian nanti. Bagi kemasukan pelajar baru ke usim,seramai 1375 orang akan mula mendaftar pada hari sabtu ini. Seperti yang sedia maklum,pelajar perempuan lebih ramai yang akan mendaftar masuk berbanding pelajar lelaki. Memang tidak dapat dinafikan lagi,di mana-mana universiti tempatan majoritinya adalah perempuan.

Tidak hairanlah, Akhbar tempatan hari juga ada melaporkan bahawa pelajar perempuan dominasi kemasukan ke universiti awam. Minggu taaruf pelajar baru sarjana muda sesi 2010/2010 akan bermula pada hari sabtu-selasa ini. Kepada semua urusetia-urusetia yang terlibat, di ucapkan tahniah sebab di pilh dan Selamat Berkerja.

Akhir kalam,di ucapkan Selamat Datang Pelajar-Pelajar baru Sarjana Muda sesi 2010/2011 Ke USIM. Gembira bersama USIM..

Tuesday, June 29, 2010

Malas Punca Kegagalan

ORANG yang malas selalunya tidak menetapkan matlamat hidup. - Gambar hiasan.


DALAM menempuh hidup yang serba mencabar, tidak dinafikan ada segelintir daripada kita yang akan ketinggalan.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada kegagalan. Antaranya tidak mempunyai tujuan hidup, kurangnya keyakinan, tidak berdisiplin dan tidak berani mengambil risiko.

Namun, faktor utama mungkin boleh dikaitkan dengan sifat malas. Perasaan itu wujud seiring dengan keengganan kita melakukan sesuatu tugas dan suka menunda kerja. Seterusnya, melarikan diri daripada kewajipan.

Implikasi yang diberikan oleh perasaan ini amat kuat. Apabila satu perasaan itu terdetik di hati secara langsungnya akan mempengaruhi fikiran dan fizikal kita. Keadaan ini akan menjadi teruk sekiranya rasa tersebut dilayan dalam jangka masa yang lama. Pengaruhnya amat kuat dalam memberi impak kepada kejayaan seseorang.

Keselesaan kita berada dalam sesuatu lingkungan atau zon membuatkan sukar untuk kita keluar melakukan perubahan. Seharusnya kita harus membuka mata dan melihat kerana motivasi itu ada di mana-mana sahaja.

Lihatlah pada kerajinan yang ditunjukkan oleh seorang pengutip sampah dan pemandu bas. Mereka sanggup melakukan kerja bertahap rendah kerana sudah tiada pilihan untuk melakukan tugas yang bertaraf hebat. Bukankah mereka lebih baik daripada golongan malas yang menunggu bulan jatuh ke riba?

Sehubungan itu, seorang individu yang masih dibuai perasaan malas harus mengaplikasikan faktor persekitaran mereka sebagai penyuntik motivasi.

Mungkin panduan yang disenaraikan ini mampu digunakan oleh remaja dan pekerja untuk terus menongkah arus perdana yang semakin sengit persaingannya.

1) Menetapkan tujuan: Orang malas tidak memiliki motivasi untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih baik. Ini membuatkan mereka tidak mempunyai tujuan atau matlamat hidup yang nyata dan jelas. Keadaan ini hanya mengakibatkan kehidupan mereka terumbang-ambing dan menjadi pasif, seterusnya cenderung menyerahkannya kepada nasib.

Dengan itu, kehidupan yang kita dijalani akan berasa bosan. Jika diamati, tujuan hidup ini mampu menyentuh emosi dan mencetuskan perasaan untuk berbuat sesuatu. Secara tidak langsung mendorong dan membakar semangat manusia agar berjaya. Setiap manusia yang diciptakan itu adalah unik sama ada dalam aspek minat, kecenderungan, kebolehan, cara berfikir dan bertindak.

Sehubungan itu, tetapkan apa tujuan hidup anda dan mulakan langkah yang berani.

2) Berani hadapi ketakutan: Orang yang malas juga boleh dikaitkan dengan mereka yang takut menghadapi kegagalan. Ia disebabkan mereka berasa malu dan kurang keyakinan untuk mendepani masalah yang dihadapinya.

TANPA usaha meningkatkan produktiviti, tiada yang akan berubah dalam hidup. - Gambar hiasan.


Berani menghadapi risiko untuk meraih kejayaan dalam hidup adalah penting bagi setiap individu. Setiap perjuangan perlu disertai dengan risiko.

Di saat anda dihantui perasaan cemas dan takut, seharusnya jangan melarikan diri tetapi menghadapi dengan tenang kerana kejayaannya mampu membangkitkan keyakinan diri. Gunakan masa silam kita sebagai guru paling berguna untuk mengubah kehidupan. Kata orang, alah bisa tegal biasa.

3) Meningkatkan kemampuan diri: Untuk terus memangkin kejayaan seharusnya kita perlu terus berlatih dan berusaha meningkatkan kemampuan diri. Berada dalam keadaan yang sama hanya mengakibatkan produktiviti dan motivasi untuk berjaya semakin berkurang.

Belajar adalah kunci untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Sekiranya kita terus tekun, secara langsung kemampuan kita juga akan meningkat. Semangat ketekunan itu boleh terus membara jika anda menyemat dalam fikiran dengan kata-kata 'saya ingin dan mahukan perkara tersebut'.

Contohnya, jika kita ingin menjadi perunding cara, maka fokuskan kelakuan kita ke arah tersebut dengan mengasah kemampuan, mendiagnosis masalah, mencari penyebab, menganalisis, menyediakan jalan penyelesaian dan memperbaiki kemampuan berkomunikasi.

4) Disiplin diri: Disiplin melatih seseorang mengawal kelakuan mereka untuk berjaya. Ia menggabungkan sikap sabar, berorientasi matlamat dan tanggungjawab dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perkara yang perlu ada dalam pemikiran seseorang dalam mencapai tahap disiplin yang tinggi adalah kekuatan dalam melawan segala dugaan.

Golongan berdisiplin adalah mereka yang menghormati janji dan komitmen yang telah dibuat dalam diri mereka. Sikap begini secara langsung membina semangat kemahuan yang tinggi, pergorbanan, tumpuan, sikap terbuka dan mencabar minda mereka untuk mencapai apa yang diingini.

5) Lingkungan positif: Jika perasaan malas mulai muncul dalam diri anda, jangan terus berdiam diri. Langkah terbaik dalam menghilangkan perasaan tersebut adalah dengan menghampiri orang yang sedang tekun dan bersemangat melakukan sesuatu.

Dekati mereka yang sedang bekerja keras dalam merealisasikan impian mereka. Berada dalam lingkungan golongan yang mempunyai arah hidup, optimis dan motivasi diri secara tidak langsung akan menginspirasi dan menimbulkan semangat yang membuak-buak untuk terus berada dalam landasan yang betul.

P/S : "Ya Allah,aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa penakut dan kikir, dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan."

*** Hadis sahih ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnad 3/113 , al-bukhari dalam Sahih 2823, Muslim dalam Sahih 2706, Abu Daud dalam al-Sunan 2/189, dan al-Nasai' 4/649.


sumber: http://www.kosmo.com.my/29 June 2010

Palestine Will Be Free | فلسطين سوف تتحرر


Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high

Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye

What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?

And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free


Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Copyright: Awakening Records 2009

Monday, June 28, 2010

Kenali 9 Syuhada Mavi Marmara

Pada 31 May 2010 9 sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kepada saudara seagama di Palestin. Mereka dibunuh oleh tentera israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar. Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut :

1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turkey, berkahwin dan mempunyai 6 orang anak.

Ibrahim Bilgen

2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai 4 cahaya mata.

Ali Haydar Bengi


3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai 2 orang putera.

Cevdet Kiliçlar


4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata

Çetin Topçuoglu

5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 3 tahun.

Necdet Yildirim

6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.


Fahri Yaldiz

7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai 7 orang anak.


Cengiz Songür

8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.

Cengiz Akyüz

9. , 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai 2 adik beradik.

Furkan Dogan


Sumber: http://haluanpalestin.haluan.org.my

Friday, June 25, 2010

Serangan Israel Ke Atas Kapal Konvoi Misi Kemanusian Gaza

Assalamualaikum wbt.Salam sejahtera,salam keamanan dan salam keinsafan.

بســــــم الله الرحمن الرحيم

Allah berfirman:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.


Alhamdulillah, hari ini aku telah menghadiri ceramah berkenaan dengan isu serangan keatas konvoi misi kemanusian ke Gaza baru-baru ini yang disampaikan oleh Tuan Ammar Mohd Zain,Pengurus Aqsa Syarif,WP. Ceramah ini diadakan sempena minggu memperingati Gaza yang di anjurkan oleh MPP USIM dan SPMM. Ceramah yang disampaikan begitu santai dan menarik. Banyak input telah di kongsikan oleh penceramah.

Mendengar bait-bait ucapan penceramah yang begitu semangat tadi telah menaikkan semangat aku.Oleh itu, aku ingin berkongsi serba sedikit tentang apa yang diperkatakan oleh penceramah tadi. Walaupun isu ini telah hampir 3 minggu berlalu,namun ia masih hangat diperkatakan. Ia telah membuka mata seluruh dunia tentang kezaliman yang di lakukan olah rejim zionis.Baru-baru ini,dunia di gemparkan dengan serangan tentera Israel Laknatullah ke atas kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dan sehingga mengorbankan nyawa.

Marvi Marmara-konvoi misi kemanusian ke Gaza

Perbuatan jijik dan amat memalukan itu dilakukan oleh rejim Israel dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

Komando Israel menaiki kapal..

Sebanyak 7 buah kapal telah menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Konvoi ini dilaporkan membawa kira-kira sepuluh ribu 10,000 tan barangan bantuan, seramai lebih lima ratus empat puluh (540) orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk Ahli Parlimen, ahli akademik, ahli NGO petugas media, ulama’, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada lapan puluh tahun. Termasuk dalam rombongan tersebut juga ialah dua belas 12 orang rakyat Malaysia yang turut menjadi tawanan Yahudi Israel.

Bot Komando Tentera Israel menghampiri Kapal Misi Bantuan

Serangan dilakukan di perairan antarabangsa,satu pencabulan undang2 oleh Israel


Misi tersebut juga tidak membawa apa-apa senjata selain dari perkara yang disebut di atas. Misi tersebut hanya bertujuan untuk menghulurkan bantuan kemanusian yang di sertai oleh sukarelawaan dari pelbagai negara. Tindakan terkutuk tentera Israel yang mengepung, menyerang, dan membunuh memang tidak berperikemanusian .Tindakan tentera israel itu wajar dikutuk,wajar di kecam kerana ia jelas sekali telah melanggar undang-undang antarabangsa.


Antara barang-barang yang dibawa oleh Kapal Misi Bantuan ke Gaza


Sukarelawan ini cedera dalam serangan komando Israel

Justeru, marilah sama-sama kita menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini. Akhri sekali,marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kekuatan dan kemenangan kepada umat Islam dan menghancurkan Yahudi Laknatullah..Masyarakat dunia kecam Israel!!..

p/s: sama-sama kita membaca qunut nazilah setiap kali solat..

Wednesday, June 23, 2010

Sakit

Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah,bersyukur pada Allah di atas nikmat islam,nikmat iman dan nikmat kesihatan yang di berikan...Kelmarin bangun dari tidur,terus terasa sakit tekak,batuk,selsema,hidung tersumbat dan x sedap badan. Mungkin disebabkan kejadian malam semalam. Terkena embun dan angin malam.Maka di sebabkan itu,aku disahkan demam.






Semalaman aku tak dapat tidur disebabkan badan terlampau panas dan hidung yang tersumbat.Ya,Allah,Ya Allah,Ya Allah..itulah kalimah yang aku zikirkan. Lantaran itu,mengingatkan aku betapa besarnya nikmat kesihatan yang di berikan kepada manusia.Manusia harus bersyukur di atas nikmat kesihatan yang di berikan. Ini baru demam,baru sedikit sahaja nikmat yang di tarik oleh Allah.Baru sedikit ujian dan kesakitan yang Allah berikan. Bayangkanlah bagaimana nabi dan para sahabat di uji dengan pelbagai ujian. Mereka tetap bersyukur. Bahkan mereka gelisah dan bermohon kepada Allah supaya memberikan sakit kepada mereka.



Aku legakan hati bila teringat tentang "sakit ini menghapuskan dosa-dosa kecil".

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”

(HR. Bukhari-Muslim)

“Setiap orang pasti pernah mengalami sakit. Rasulullah SAW sendiri mengalami sakit demam berat. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah. Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas’ud ra, bahawa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”

“Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.””

“Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)”

Kisah sirah tersebut sedikit sebanyak menyedarkan aku. Pentingnya bersyukur di atas segala nikmat yang di berikan. Kerana kalau nak di hitungkan nikmat2 tersebut,nescaya tidak mampu untuk menghitungnya.Maka dengan itu,pentingnya menjaga kesihatan kerana ia merupakan salah 1 nikmat yang Allah berikan. Bersyukur ketika sihat.

Ya Allah, ampunkan dosaku yang terlalu banyak ini… Kepala aku ligat mencari kesalahan diri…

Sesungguhnya aku redha dengan ujian ini ya Allah.

“Bismillahi lazi la yadurru ma’as mihi syai’un fil ard, wala fissama’i wahuassami’ul ‘alim…” Aku baca berulang-ulang supaya aku berada dalam keadaan baik-baik sahaja.


wallahu A'lam.

Friday, April 09, 2010

Mengenal diri melalui rasa hati - Pemarah

Sifat pemarah berasal dari sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang itu lagi besarlah pemarahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukannya, besar pangkatnya, banyak hartanya,ramai pengikutnya maka tinggilah egonya dan menjadi-jadilah pemarahnya.Sebaliknya seseorang yang rendah taraf kedudukannya kuranglah rasa ego maka kuranglah sifat pemarahnya.

Lihat antara seorang ayah dengan anaknya.Jarang kita dengar si anak memarahi ayah. Yang selalu berlaku ialah ayah memarahi anak.Atau antara tuan rumah dengan orang gajinya.Tidak pernah orang gaji marahkan tuannya tetapi tuan selalu marahkan orang gaji itu.Atau seperti murid dengan guru. Murid tidak pernah marah gurunya tetapi guru selalu marahkan muridnya.

Sebagai misalan yang lain, ketua pejabat dengan pekerjanya.Jarang kerani marahkan "boss"nya tetapi boss selalu marahkan keraninya. Begitulah seterusnya.Jarang kita temui seorang ayah, guru, ketua pejabat, tuan rumah dan seorang pemimpin yangtidak bersifat pemarah terhadap orang-orang di bawah mereka.

Pendeknya sifat pemarah ini ada pada setiap orang dari kita seperti hasad dengki. Pemarah juga adalah sifat mazmumah yakni sifat terkeji. Ia boleh memecahbelahkan hati-hati manusia. Sebab itu seorang yang pemarah adalah seorang yang biadap terhadap Allah SWT.

Kenapa mesti marah ?Cuba kita renung sebuah bait gubahan seorang mujahid: Takdir Allah sudah putus dan putusan Allah sudah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "barangkali" dan "kalau ". Setiap kesilapan dan kelemahan manusia pada kita adalah ujian Allah untuk kita. Allah mahu lihat siapa yang mampu menahan rasa malunya kepada Allah sambil mengucapkan "Innalillahi wainna ilaihi raji'un"

Mari kita lihat bagaimana tindakan seorang mukmin sejati terhadap takdir-takdir buruk yang menimpa hidupnya:

Ahnaf bin Qais adalah seorang yang lemah lembut. Beliau ditanya orang: Dengan siapakah beliau
belajar berlemah lembut itu? Ahnaf menjawab, "Dengan Qais bin Asim iaitu pada suatu hari ketika Qais bin Asim sedang berehat-rehat masuklah jariahnya (hamba) membawakan Qais panggang besi berisi daging panggang yang masih panas.

"Belum sempat diletakkan di depan Qais tanpa sengaja besi pemanggang itu jatuh menimpa anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan hingga meninggal dunia. Qais dengan tenang melihat kejadian yang menyayat hati itu dan berkata kepada hamba yang pucat mukanya, "Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu, tetapi mulai hari ini kamu aku merdekakan." "Begitulah sopan santun dan lemah lembutnya Qais bin Asim," Kata Ahnaf bin Qais mengakhirkan ceritanya.

Bukan Qais tidak sayangkan anaknya tetapi hatinya sentiasa melihat pentadbiran Allah dan
sentiasa merasakan sesuatu kejadian adalah takdir dari Allah, sentiasa sabar dengan Allah, redha dengan Allah serta rasa kehambaannya pada Allah, rasa malu, hina dan takut dengan
kekuasaan Allah membuat Qais tenang menghadapi kematian anaknya disebabkan kecuaian hambanya. Hati Qais memandang kejadian itu sebagai ujian Allah ke atasnya barangkali untuk penghapusan dosa atau untuk mengangkat darjatnya di sisi Allah SWT. Kerana itu hatinya tenang. Dia (Qais) redha dengan ujian itu malah dengan ujian itu dirasakan mendapat peluang untuk mendekatkan lagi hatinya pada Allah SWT. Sebab itu dia tidak nampak lagi kesalahan jariahnya.Bukan sahaja dia tidak marah malah rasa kasihan pada jariah yang ketakutan itu memaksa Qais Membebaskan hambanya itu. Dia hanya nampak pentadbiran Allah yang wajib diterima tanpa soal jawab dan tanpa "kalau" lagi. Demikian rasa kehambaan yang menghiasi hati dan roh Qais, seorang yang cukup berakhlak terhadap Allah SWT dan terhadap manusia (hambanya).

Demikian rasa marah lahir dari perasaan "ketuanan" yang ada dalam hati kita. Kita rasa kita yang lebih besar, kita lebih mulia, lebih hebat dari orang lain. Tanpa perasaan-perasaan itu tidak mungkin kita jadi pemarah. Kita akan berlemah lembut, memaafkan kesalahan orang dan bertolak ansur dengan sesama manusia. Sebab kita manusia sama sahaja yang datang ke dunia melalui jalan yang gelap, lubang kencing yang hina tanpa sedikitpun harta, dalam keadaan busuk hanyir, ***** dunggu, pekak, bisu, buta, capek dan hodoh sekali.

Firman Allah:

Terjemahannya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati. Moga-moga kamu bersyukur.

(An Nahl: 78)

Allah-lah yang mencantikkan kita kemudiannya dan diberi sedikit kelebihan. Kepandaian dan keistimewaan itu Allah pinjamkan sekejap sahaja. Tujuannya supaya kita dapat beribadah dan berbakti menurut kehendak-Nya (bersyukur). Bukan untuk kita rasa kita lebih mulia, kita hebat hingga datang pula perasaan-perasaan sombong, riak, bengis dan pemarah kepada orang lain yang agak kurang dari kita. Sepatutnya bila kita rasa ada kelebihan pada kita, kita jadi takut pada Allah. Takut kalau-kalau nikmat itu tersalah guna hingga menderhakai Allah Taala dan berdosa pada manusia. Takut kalau-kalau nikmat itu menjadikan hati rasa "tuan" maka timbullah sifat ego yang besar yang membiakkan bermacam-macam mazmumah yang sangat dibenci oleh Allah.

Firman-Nya:

Terjemahannya: Dalam hati mereka ada penyakit lalu Allah tambahkan penyakit mereka.

(Al Baqarah: 10)

Kita mesti ubati penyakit hati kita. Ertinya kita mesti buang rasa "ketuanan" kita iaitu dengan melakukan mujahadatunnafsi.

1. Mula-mula kita mesti rasa malu kepada Allah. Kalau ada orang besar di rumah kita, sanggupkah memarahi isteri kita di depan orang itu? Tentu tidak. Allah sentiasa melihat malah sentiasa bersama kita. Kalau kita yakinkan ini tentu kita tidak akan jadi pemarah lagi sebab kita tahu Allah tidak suka kita jadi pemarah. Rasa malu dan takut kepada Allah akan membuatkan kita sentiasa berlemah-lembut dan memaafkan kesalahan orang kepada kita.

2. Bila datang rasa hendak marah kita kata begini: `Ya Allah, aku tahu pemarah itu adalah hina di sisi-Mu. Tolonglah pelihara diriku daripada kejahatan nafsu ini dan selamatkan aku daripada api Neraka.'

3. Sesudah itu kita diam. Jangan marah tetapi banyakkan zikir dan ingat kebesaran Allah. Allah Tuhan yang Maha Besar itu pun bersifat sangat pemaaf. Siapa kita untuk jadi pemarah? Bukankah kita hamba yang hina dina?

4. Kita harus insaf bahawa setiap manusia termasuk diri kita sendiri, ada kelemahan dan kekurangan. Kalau hari ini orang bersalah pada kita, maka tidak mustahil bahawa nanti kita pula bersalah dengan orang. Kalau kita bersalah kita tidak suka orang marahi kita. Maka begitulah juga kalau orang yang bersalah dengan kita dia tidak suka kalau dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Firman Allah:

Terjemahannya: Maka katakanlah (hai Musa dan Harun) kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut mudah-mudahan ia ingat dan takut.

(Thaha: 44)

Sudah begitu jahat dan kufurnya Firaun terhadap Allah, namun Allah masih lagi perintahkan kepada Nabi-Nya supaya berlemah lembut. Sebab hanya dengan lemah lembut, hati manusia boleh lembut dan jadi insaf dan takut. Sebaiknya kalau kita berkasar bukan sahaja orang yang dikasari tidak menerima teguran kita malah dia benci dengan kekerasan kita. Di sisi Allah pula kita tercatit dengan kekerasan kita. Di sisi Allah kita tercatit sebagai orang yang tidak berakhlak dan tidak berhikmah sedangkan Allah memerintahkan kita supaya berhikmah:

Serulah (semua munusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan pengajaran yang baik dan berhujahlah dengan mereka secara yang paling baik.

(An Nahl: 125)



Dipetik dari buku Mengenal Diri Melalui Rasa Hati