Monday, April 13, 2009

Sekapur Sireh Seulas Pinang

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Salam sejahtera pembuka bicara.Alhmadulillah bersyukur kehadrat Allah,di atas segala nikmat yang diberikan,selepas diberi nikmat islam,iman dan kesihatan, dapat juga aku membina sebuah blog yang tak seberapa ini. Ini baru permulaan bagiku untuk menceburi bidang penulisan yang agak mencabar dan asing bagiku.Sesungguhnya aku tidak lah berapa pandai sangat untuk berpuitis mahupun bermadah. Insya Allah akan ku cuba sedaya upaya memerah otak untuk menterjemahkan segala ilmu,maklumat atau pengalaman ke dalam bentuk penulisan.

Semoga dengan adanya blog ini sedikit sebanyak dapat menjadi wadah atau wasilah bagiku untuk berkongsi segala ilmu dan informasi untuk manfaat semua.**ILMU DEMI FAEDAH INSAN**


Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment