Saturday, November 21, 2009

Akhirnya Kembali...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Bersyukur ke Hadrat Allah Tuan Yang Punya Alam Yang Memberikan segala nikmat,selepas diberi nikmat yang paling besar iaitu nikmat islam,iman dan kesihatan.Alhamdulillah Aku masih lagi bernafas dan mampu menghirup udara serta mampu menjalani kehidupan harian sebagai seorang hamba yang lemah lagi hina disisi Allah SWT.
Justeru,setelah sekian lama aku menyepi,akhirnya aku kembali ke laman yg telah ku bina sejak berbulan2 yang lalu tanpa sebarang kemaskini.huhuhu betapa sedihnya. Dah lama rasa aku x jenguk2 ke blog ni dek kerana kekangan masa dan waktu . Begitulah realitinya,menulis bukanlah sesuatu yang mudah. Ia merupakan 1 tugas yang mencabar yang Memerlukan kekuatan fizikal dan mental. X semua orang yang betul2 pandai menulis. Ia merupakan satu anugerah yang cukup istimewa.Ada orang yang hebat dalam kata-kata,debat,ceramah dan sebagainya,tetapi kurang mahir dalam penulisan.Ada yang pandai menulis,tapi kurang mahir dalam perdebatan,ceramah,khutbah dan sebagainya.Begitulah sebaliknya.Masing-masing mempunyai kelebihan. Bergantung pada minat masing-masing.
Tapi itu bukan alasan untuk aku menyerah.Bak kata pepatah melayu"Usaha Tangga Kejayaan","Dimana ada kemahuan Disitu Ada Jalan”. Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment