Saturday, December 12, 2009

Travelog Dakwah


Alhamdulillah aku baru sahaja selesai membaca buku Travelog Dakwah,Meniti Hari Esok. Walaupun pada hakikatnya aku agak terlambat membacanya kerana buku ini sudah lama di terbitkan pada tahun 2008. Aku bersyukur kerana dapat juga baca sampai habis. Buku ini ditulis oleh Prof.Dr.Haji Muhd Kamil Ibrahim.Beliau merupakan Profesor Perakaunan di Universiti teknologi Mara(UITM).

Buku ini mengisahkan perjalanan yang di lalui oleh penulis sendiri,bagaimana beliau berdakwah kepada diri sendiri dan juga orang lain. Buku ini juga memberi kesedaran kepada aku supaya terus mencari keredaan Allah, Disebalik kejahilan dan kekurangan diri dalam perjalanan hidup yang tersisa sementara menanti hari esok yang kekal abadi.Buku ini juga memberi keinsafan kepada diri aku tentang tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi ini di samping mensyukuri nikmat-nikmat yang diberikan,dan juga mengakui kekuasaan Allah SWT.

Aku bersyukur kerana di beri kesempatan untuk membaca buku ini yang sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada aku memperbaiki diri yang jahil,lemah lagi hina di sisi Allah SWT. Syabas Diucapkan kepada Penulis yang menghasilkan buku yang hebat sebegini. Bagi sesiapa yang belum baca,aku syorkan baca buku ini. Isi Kandungan dia memang menarik dan Menyentuh jiwa. Selepas ini aku akan dapatkan sebuah lagi buku yang ditulis oleh penulis yang sama iaitu Travelog Haji:mengubah Sempadan Iman.Insya Allah.Ok sekadar itu dulu,untuk post kali ini.WallahuA'lam.

p/s: Terima kasih daun keladi kepada orang yang menghadiahkan buku ini kepada aku,Naimah,Cidah dan Kawan-kawannya yang lain.(Maaf xkenal nama).

No comments:

Post a Comment