Monday, December 28, 2009

Perjuangan Sudah Bermula


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Hari ini semester baru sudah bermula. Kuliah pun sudah bermula pagi tadi. Tapi sayangnya, aku tak dapat hadir.Aku di uji dengan demam dan selesema. Ya Allah kau sembuhkanlah hambaMu ini. Jadi mulai detik ini bermulalah perjuangan aku bagi menempuhi semester baru ini. Sedar tak sedar aku sudah berada di semester 6. Azam baru semester ini nak tebus balik kekecewaan semester lepas dan akan berusaha semaksimum mungkin(Iye ke?)..Insya Allah, boleh!!

Sebanyak 20 jam kredit dan 7 subjek yang aku kena ambil semester ni.Banyak tuh!!..huhuh..Kalau tengok jadual kuliah memang padat.Ada kuliah bermula seawal jam 8 pagi.Memang aku paling tak suka kuliah time ni hihihi..Ditambah pula ada kuliah malam sem ni.memang best.hahahaha.Itu baru kuliah,belum masuk kelas tutorial lagi. Memang penat kan??Apa pun ini 1 cabaran untuk aku.Aku harus memandang ke hadapan. Perjuangan mesti diteruskan.Gambate!! Teringat kata-kata sahabatku yang xjemu-jemu bagi tashji’ kat aku..”Akhi,I know you can perform better this semester, Enta kena Semangat!!!Dont Give up!!Ayuh Bangkitlah!!”. Syukran ya Akhi kareem.May Allah Bless You.

Berikut adalah subjek-subjek aku sem ni:


1) Research Methodology

2) Human Resource Development

3) Al-Milal wa Al-Nihal

4) Firaq Islamiyyah

5) Creative Thinking and Problem Solving

6) Asas-asas Kaunseling

7) Pengajian Halaqah

8) Keusahawanan

Subjek-subjek tersebut terdiri daripada 3 jam kredit dan 2 jam kredit dan hanya diajar dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sahaja. Ya Allah Engkau permudahkan lah perjalananku dalam menuntut ilmuMU.

Ok.Aku rasa setakat itu dulu kot untuk kali ini. Kalau nak ulas 1 persatu tentang subjek-subjek tu,panjang pulak ceritanya nanti. Insya Allah aku aku cerita pada Post yang akan datang. Wallahualam.


Doa Dipermudahkan Segala Urusan

“Ya Allah!Permudahkanlah kami setiap urusan yang sukar, kerana perkara itu mudah di sisiMu. Ya Allah, mudahkan kami segala urusan kami serta berikan ketenangan pada hati kami dan tubuh badan kami, serta berikan keselamtan dan kesihatan pada agama dan dunia kami.’’

Doa Bagi Mendapat Ilmu Yang Bermanfaat

Ya Allah, Kami pohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat,hati yang khusyuk,keyakinan yang benar,agama yang lurus,rezeki yang lumayan,amalan yang soleh,serta kesihatan yang sempurna dan berkekaln. Kami bersyukur di atas kesihatan yang engkau kurniakan ini dan kami memohon kepadaMu supaya kami dikurniakan kekayaan antara semua manusia”.


Amin Ya Rabbal A’lamin.

3 comments:

  1. Hurm.. motivasi paling bagus adalah yang datang dari dalam diri kita.. harus ada kesedaran dan tindakan yang mengikutinya.. moga semangatmu tidak pudar di tengah jalan.. alhamdulillah kamu masih punya sahabat utk mengingatkan..

    p/s: owh tak btau eh masukkan link sy kat blog awk, boleh sy link kan blog awk juga?

    ReplyDelete
  2. Atthiah: opss..Sorry xbgtau sy Link blog awak..hihihhi.
    >Thanx ats nasihat..nsht yg bergna dr bakal kaunselor..:)
    >link lah blog saya...:)

    ReplyDelete
  3. terima kasih anip~

    malu pula awk kata sy bakal kaunselor.. terasa masih jauh lagi utk menjadi seorang kaunselor.. anggap sajalah kata-kata sy sbg satu dorongan dr seorang kawan..

    ReplyDelete