Sunday, June 12, 2011

Jaulah Perth Bahagian 3

Hari ke 2 saya di Perth. Sarapan pagi disediakan oleh En.Hisham dan dihantar terus ke Hotel. Untuk memudah cara dan menjimat masa sepanjang kami berada di Perth,makanan akan disediakan oleh En.Hisham dan En.Shah yang juga merupakan ahli Mypsa . Maklum sajalah restoran makanan halal tidak disediakan di hotel kami menginap.

Sementara menunggu untuk aktiviti hari ini, saya bersama rakan sempat bersiar-siar di luar menikmati udara pagi yang nyaman dan sejuk . Kami berjalan menuju ke Harbour Town sebuah pusat membeli belah yang terletak berhadapan dengan hotel kami menginap. Banyak terdapat kedai-kedai yang menjual pakaian,kasut,pakaian sukan dan sebagainya.Antara yang menarik perhatian saya adalah butik nike ,adidas dan levis.Harga disitu juga berpatutan dan murah serta barangan juga yang asli.

Seterusnya, hari ini kami dibawa ke Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Perth kerana ada Kunjungan hormat di sana. Sebaik sahaja tiba,kami disambut oleh Pegawai Jabatan Penuntut Malaysia di Perth ,En.Rudy Adrie Haji Idris serta pegawai-pegawai yang lain. Oleh kerana Konsul Jeneral mempunyai urusan yang lain pada hari itu, sesi dialog kami hanya bersama, En.Rudy Adrie Haji Idris serta beberapa orang wakil daripada Mypsa dan Miswa. Sesi dialog dipengerusikan serta dimulakan oleh En.Rudy. Sedikit penerangan ringkas tentang Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Perth di berikan oleh En.Rudy. Kemudiannya majlis diteruskan dengan ucapan dari pegawai pengiring kami dan juga ucapan dari Mantan YDP MPP serta sesi taaruf bersama jemputan yang hadir. Majlis diteruskan dengan mendengar ucapan ringkas dari Presiden Mypsa dan Presiden Miswa serta sesi soal jawab bersama. Banyak perkara telah dikongsikan bersama sepanjang sesi dialog diadakan. Selepas selasai majlis,kami dijemput untuk makan tengahari di situ seterusnya sesi bergambar dan penyampaian cenderahati dari wakil USIM kepada Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Perth dan Mypsa serta Miswa. Kunjungan hormat kami tamat pada jam 1 tengahri.

Selesai majlis kunjungan hormat, kami dibawa ke bandar Perth. Di sini kami di beri masa untuk berjalan-jalan di sekeliling bandar Perth. Berjalan melihat gelagat orang ramai, melihat bagaimana perniagaan di sana beroperasi, melihat banggunan-banggunan perniagaan yang tersergam indah.Apa yang menarik perhatian saya disini ialah, dapat melihat masyarakat disana yang gemar berjalan kaki untuk ke tempat kerja. Orang ramai berpusu-pusu berjalan kaki memenuhi kedai,pasaraya dan juga pejabat. Keadaan sebegini sangat berbeza di Malaysia.

Jam 3 Petang,kami terus ke University of Western Australia (UWA) kerana ada lawatan tidak rasmi di sana. Sejurus saja tiba kami disambut oleh pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di sana. Kami dibawa melawat sekitar universiti tersebut. Melihat suasana pembelajaran di sana sangat berbeza dengan kehidupan di kampusnya sangat menarik, tenang, ada yang belajar di atas padang, bawah pokok,ada yang bermain,ada yang berdiskusi, ada yang berbasikal di sekeliling kampus ada yang berbaring dan sebagainya. Disamping itu,dengan banggunan yang unik dan suasana yang dingin serta dipenuhi tumbuhan hijau di sekelilingi kampus membuatkan saya sangat teruja dan cemburu melihat pelajar-pelajar di sana. Lawatan ke UWA telah memotivasikan diri saya supaya suatu hari nanti saya juga berpeluang untuk belajar di sana.

Selepas lawatan di UWA , kami meneruskan perjalanan ke destinasi lawatan seterusnya. Kali ini,kami di bawa ke Cottesloe Beach untuk melihat matahari terbenam. Malangnya sebaik tiba disana,kami tidak berpeluang untuk menyaksikan sunset kerana faktor cuaca pada hari itu yang redup dan dingin membuatkan matahari tidak kelihatan. Walaubagaimanapun, kami dapat menikmati angin pantai dan melihat kebiruan laut disitu yang sangat mententeramkan jiwa. Selepas itu, kami dibawa menuju ke Kediaman Rasmi Pegawai Jabatan Penuntut Malaysia di Perth,Encik Rudy Adrie Haji Idris untuk majlis makan malam bersama. Majlis tersebut juga di hadiri oleh beberapa orang penuntut Malaysia yang belajar di sana. Kami berpeluang untuk beramah mesra serta berkongsi pandangan bersama mereka. Mendengar mereka bercerita pengalaman mereka belajar di sana sedikit sebanyak menaikkan semangat saya untuk belajar dengan lebih gigih lagi supaya dapat menjejak kaki sambung belajar di luar negara suatu hari nanti .

Kira-kira jam 10 malam, kami terus pulang ke Hotel. Sebelum tiba di hotel,kami sempat singgah di pasar borong yang menjual barang basah dan kering untuk membeli bekalan makanan tambahan. Selain itu kami juga singgah di pesisiran swan river untuk menyaksikan keindahan bandar Perth di malam hari. Walaupun kesejukan dan kepenatan, namun kegembiraan serta kepuasan jelas terpancar di raut wajah kami semua..(Bersambung bahagian seterusnya......)


No comments:

Post a Comment