Tuesday, June 07, 2011

Jaulah Perth Bahagian 1


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Alhamdulillah bersyukur kepada Allah masih diberikan peluang untuk saya berada disini. Pada catatan yang lepas, saya telah berjanji untuk menceritakan pengalaman saya sewaktu mengadakan lawatan ke Perth Australia. Insyaallah hari ini saya akan cerita sedikit sebanyak tentang perkara tersebut.

Seperti yang sedia maklum pada 22 Mei 2011 hingga 29 Mei 2011 yang lalu, saya bersama 10 orang rakan seperjuangan serta seorang pegawai pengiring telah berangkat ke Perth,Australia bagi mengadakan lawatan Akademik disana.Kami bertolak pada jam 11.50 malam di LCCT menaiki pesawat Air Asia. Ini merupakan pengalaman menaiki kapal terbang yang pertama buat saya. Perasaan ketika itu sangat gembira dan teruja. Alhamdulillah hasrat saya untuk pergi ke Luar Negara akhirnya terlaksana. Peluang yang diberikan kepada saya sudah tentu tidak saya lepaskan.Bukan semua orang diberikan peluang untuk pergi ke Luar Negara. Ini merupakan peluang yang sangat terbaik apabila saya bersama rakan-rakan yang lain di hantar oleh universiti ke Perth,Australia.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang LCCT, kami terus ke kaunter check-in untuk pemeriksaan tiket dan bagasi. Suasana di LCCT memang sibuk dengan dipenuhi ribuan manusia. Mana tidaknya,Air Asia merupakan syarikat penerbangan tambang termurah di rantau ini.Jadi tidak hairanlah suasana di LCCT sentiasa dipenuhi oleh orang ramai yang ingin ke luar negara dan sebagainya. Usai sahaja check in,kami terus menuju ke tempat pelepasan. Sebelum itu, bacaan doa turut dibacakan supaya perjalanan kami selamat pergi dan balik. Kami dikehendaki berada di platform perlepasan 30 minit sebelum pernebangan. Selepas sahaja melepasi pemeriksaan imigresen saya menuju ke surau untuk menunaikan solat isyak dan solat sunat musafir. Selepas itu, saya dan rakan-rakan yang lain terus ke platform menunggu sebelum berlepas. Saya melihat screen maklumat penerbangan.Masih banyak masa lagi untuk saya menunggu. Sambil menunggu saya sempat membasahi tekak saya dengan minuman di kedai yang terdapat disitu. Harga makanan dan minuman disitu 2 kali ganda dengan harga kedai di luar. Saya tidak mempunyai pilihan lain,selain membeli disitu kerana saya tidak dibenarkan untuk keluar sebaik sahaja melepasi pemeriksaan imegresen.

Di platform 6,kawasan menunggu untuk berlepas bagi yang menuju ke Perth.Kelihatan ramai sekali sedang menunggu. Setelah hampir 45 minit menunggu, kedengaran pengumuman dari pembesar suara mengatakan pesawat Air Asia-x bagi penerbangan Malaysia - Perth telah pun tiba.Saya pun bersiap sedia untuk menaiki kapal terbang dan berlepas pada jam 11.50 malam.Sebaik melangkah kaki menaiki pesawat,perasaan berdebar menyelubungi diri.Gementar dan teruja.Ini kali pertama saya menaiki kapal terbang. Saya terus mendapatkan tempat duduk sebaik sahaja di tunjuk arah oleh pramugari disitu. Sebaik sahaja melabuhkan diri pada kerusi, para penumpang di berikan borang maklumat untuk di isi. Sebelum pesawat berlepas, pramugari menunjukkan demontrasi keselamatan kepada semua penumpang. Sejurus selepas itu, pesawat mula bergerak dan saya terbang ke Perth,Australia....

1 comment:

  1. Hi guys,though to share my wonderful experience in perth. I stayed and rent a car from a malaysian holiday home. Mahira holiday homes and car rental pty ltd.Owner originally from kl.very good service and well equipped holiday bungalow with affordable rates. U can call 0123360098 .owner daughter is here in kl.she arranged everything so well for us.thumbs up!!!they even hav tour packages.muslim owner

    ReplyDelete