Wednesday, June 08, 2011

Jaulah Perth Bahagian 2

"Perhatian kepada semua penumpang,kita sekarang telah berada di ruang udara Perth,Western Australia dan kita akan mendarat sebentar sahaja lagi. Sila pakaikan tali pinggang keselematan anda dan jangan beredar dari kerusi anda sehingga pesawat selamat mendarat. Kita telah sampai 30 minit awal dari waktu yang dijadualkan. Saya mengucapkan selamat datang ke Perth, Austrlia". Begitulah pengumuman yang dibuat oleh juruterbang sebelum mendarat.


Alhamdulillah,kira-kira 30 minit sebelum pukul 5 pagi, saya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.Penerbangan ini mengambil masa lebih kurang 4 jam 30 minit. Waktu di Perth adalah sama dengan waktu di Malaysia.Cuma yang membezakannya adalah tempoh siang dan malamnya. Sebaik pesawat memasuki ruang udara Australia,saya dapat merasakan perubahan suhu yang berlaku. Suhu di Perth ketika itu bawah 10 darjah celcius.Sangat sejuk.Sejurus sahaja tiba Lapangan terbang, saya terus ke tempat mengambil bagasi dan menuju ke kaunter imegresen untuk urusan pemeriksaan keselamatan. Pemeriksaan di sana sangat ketat.Sehinggakan saya ditanya oleh pegawai imegresen,datang disini buat apa?berapa lama?dengan siapa dan sebagainya.Ini kerana,mereka tidak mahu kita datang disini untuk masuk bekerja secara haram dan sebagainya. Apa yang saya jawab,datang untuk bercuti,selama 1 minggu bersama kawan-kawan. Sebaik sahaja passport di cop,saya terus menuju ke check point yang terakhir iaitu pemeriksaan bagasi.Di sini beg saya di scan samada bagasi dan juga beg laptop.Tujuannya adalah untuk memastikan tiada barang yang diseludup masuk melainkan barang-barang yang telah di declare dan dibenarkan sahaja.

Selepas selesai melalui kesemua check point tersebut,kami terus menuju ke lobby ketibaan. Kelihatan En.Shahid,pemandu pelancong kami sedang menunggu dan menyambut kedatangan kami disitu. Setelah berkumpul dan mendengar sedikit taklimat, kami dibawa menuju ke van untuk meletakkan semua barang-barang kami disitu. Sebaik sahaja melangkah keluar dari lapangan terbang Antarabangsa Perth,saya dapat rasakan suhu yang sangat sejuk.Perasaan ketika itu memang sangat teruja dan gembira.Ini kali pertama saya menjejak kaki ke luar negara dan merasai musim yang berbeza dari Malaysia. Oh ya, ketika itu ,Perth sedang mengalami fasa perubahan musim luruh ke musin sejuk. Uniknya di Perth,walaupun musim sejuk tetapi tiada salji.Namun suhu musim sejuknya boleh mencecah -1 darjah celcius.

Selepas meletak semua beg didalam van,kami terus menunaikan solat fardhu subuh di situ.Ini juga pengalaman yang tidak dapat saya lupakan dimana bersolat di atas jalan. Bila berada di negara orang,terutama sekali negara bukan islam, tidak dapat tidak terpaksa solat dimana-dimana sahaja tempat yang kita singgah. Untuk mencari masjid atau surau mungkin agak sukar dan ini bukan alasan untuk kita meninggalkan solat.Solat boleh dilakukan dimana-mana sahaja.Selepas selesai solat subuh,kami terus bergerak ke Ke Faulkner Park, Belmont untuk bersarapan pagi di situ. Dalam perjalanan tersebut, saya dapat menikmati suasana fajar menyinsing dengan permandangan yang indah di sekitar bandaraya Perth. Kami juga di bawa mengelilingi sekitar bandar Perth. Disitu saya dapat lihat banggunan-banggunan yang berdiri megah di sekitar bandar Perth. Disamping itu persekitarannya juga bersih,tenang setenangnya air di swan river membuatkan saya berasa kagum.Subhanallah indahnya bumi Mu,bila mana dijaga serta diperlihara dengan baik. Kami sempat singgah di swan bell untuk bergambar.Swan bell sebuah menara jam yang terletak berhampiran jetty di swan river. Ia juga salah satu tarikan yang terdapat di Perth.

Setibanya di Belmont,kami terus sarapan disitu.Sarapan pagi pertama kami di Perth,disediakan oleh En.Shah.Beliau merupaka pelajar PHD disana dan juga merupakan bekas presiden Persatuan Pelajar Postgraduate. Makanan yang disediakan sangat lazat dan menyelerakan. Usai sarapan, kami dibawa menuju ke Whiteman Park. Kira-kira jam 10 pagi kami di bawa berkunjung ke Caversham Wildlife Park . Di sini kami berpeluang untuk menyaksikan pertunjukan Molly’s Farm, Farm Show, juga dapat lihat bagaimana proses bulu biri-biri di gunting, dapat melihat serta memberi makan kepada kanggaroo, melihat beruang koala yang terkenal dengan pemalunya dan juga wombat. Pengalaman dapat menyentuh kanggaroo dan memberi makan kepadanya sesuatu yang sangat menarik.Bukan sahaja jinak,malah ia juga haiwan yang sangat istimewa di mana mempunyai poket di bahagian perut untuk membawa anaknya. Subhanallah hebatnya ciptaan Allah.

Kira-kira hampir 2 jam di caversham,kami keluar menuju ke Motor Museum dan Tractor Museum. Disitu kami dapat melihat pelbagainya jenis kenderaan yang digunakan sebagai pengangkutan, pertanian dan sebagainya sejak dari zaman dahulu hingga kini. Tepat jam 1 Petang kami makan tengahari di sebuah park yang berhampiran. Makanan tengahari hari itu disediakan oleh En.Hisyam dan isterinya. Menu masakan malaysia. Selepas makan, kami bergerak ke Margaret River Chocolate Factory. Terdapat pelbagai jenis chocolate disini disamping dapat melihat pemprosesan chocolate dilakukan. Selepas itu,kami dibawa melawat sekitar Swan Valley seterusnya terus pulang ke hotel sekitar jam 4.30 petang.(hampir masuk waktu maghrib).


1 comment:

  1. kat perth pun ada holiday bungalows run by a muslim malaysian family. memang harga berpatutan dan service thumb up lah. kita boleh masak makanan halal sendiri. sebab makanan kat luar memang mahal. kami dah try penginapan. rumah sgt cantik dan kemas bersih and well fully furnished. sesuai untuk keluarga dan group. owner nya pun sgt peramah dan helpful. diaorg siap ada kereta dan mpv untuk sewa. harga sgt murah. berbaloi baloi. boleh contact 0123360098 nama anak owner tu cik siti.dkt youtube pun ada org dah buat review ttg mahira holiday homes ni. cuba type mahira holiday homes

    ReplyDelete