Tuesday, June 14, 2011

Jaulah Perth Bahagian 4

Rabu 25- Mei 2011

Hari ke-3 kami di Perth. Destinasi lawatan kami hari ini ialah ke Curtin University. Jam 8.30 pagi kami bertolak ke sana. Sebelum itu, kami singgah di Burswood Park,untuk sarapan pagi sambil menikmati dan menghirup udara pagi yang segar dan sejuk ketika itu. Kami tiba di Curtin University kira-kira jam 9.30 pag. Sebaik sahaja tiba, kami terus di sambut oleh Curtin Student Guild President, Mr.Joseph Quick and his Vice President. Untuk makluman,student guild ini ialah Majlis Perwakilan Mahasiswa. Disana menggunakan istilah student guild,berbeza dengan di Malaysia yang lebih dikenali sebagai MPP/MPM/SRC.

Kami di bawa berjalan mengelilingi seluruh kawasan universiti sambil berbual dan berkongsi idea bersama Mr.Joseph. Kami di bawa untuk berkunjung di setiap blok banggunan universiti, fakulti-fakulti, perpustakaan dan pejabat Guild. Banyak perkara yang kami bincangkan bersama-sama Joseph mengenai aktiviti-aktivi yang mereka jalankan, perihal akademik ,universiti,dan sebagainya. Pengalaman berkunjung ke Curtin sangat bermakna buat kami. Melihat suasana disana sedikit sebanyak telah menaikan motivasi kami untuk mempraktikan apa yang kami kongsikan bersama joseph di bumi USIM. Ada juga di kalangan kami yang bermotivasi tinggi untuk sambung belajar di sana suatu hari nanti. Lawatan kami di curtin selesai pada jam 12.30 tengahari.

Seterusnya, kami terus ke Kings Park untuk BBQ dan makan tengahari bersama pimpinan persatuan pelajar di Perth. Untuk makluman, di Perth memang banyak terdapat Park,taman2 yang sangat indah. Disitu juga ada disediakan tempat untuk ber BBQ. Orang-orang disana memang gemar santai di Park,beriadah,ber BBQ bersama keluarga dan kawan-kawan. Itu lah salah satu keunikan yang terdapat di Perth. Untuk aktiviti BBQ kami pada hari ini telah disediakan ramuannya oleh pelajar-pelajar di sana. Tidak sah BBQ di sana tanpa daging kambing.Oleh itu menu istimewa pada hari itu ialah BBQ Kambing ,ayam,sosej dan Nasi Hujan Panas. Hidangan yang disediakan sungguh lazat dan menyelerakan.

Usai makan tengahari, kami bersiar-siar di sekitar Kings Park. Menyaksikan permandangan di atas bukit. Disini kami dapat melihat permandangan bandar Perth yang cukup indah di atas kawasan tinggi. Kami di fahamkan bahawa,sekirang datang pada waktu malam,ia lebih menarik kerana kami dapat melihat bandaraya Perth yang diterangi cahaya lampu. Selepas itu, kami di bawa melawat sekitar bandar Perth. Kali ini kami di beri masa yang agak lama untuk berjalan ditengah-tengah bandaraya Perth.

Setelah penat berjalan, kami pulang ke hotel untuk berehat,membersihkan badan dan solat. Pada jam 7.00 Malam kami di bawa makan malam ke Restoran Batavia. Restoran ini merupakan restoran yang menyediakan masakan asli indonesia. Dalam perjalanan pulang ke Hotel sebaik sahaja selesai makan malam, kami sempat singgah di Kings Park sekali lagi untuk melihat keindahan bandaraya Perth di waktu malam dan juga singgah di persisitan swan river menikmati angin malam yang sejuk di samping menyaksikan keindahan lampu di Bandaraya Perth di seberang sana.

Bersambung.......

1 comment:

  1. assalam ibnu Aqeel, sy sufi..semasa anda berada di perth..anda pergi ke UWA kan?..boleh x sy dpatkan contact number org sana..sama ada management U sana or pelajar malaysia yg belajar di sana..kerana InsyaAllah awal tahun depan U kami hendak ke sana tp masih tidak dpat contact pihak sana lagi..harap saudara dpat reply dengan segera..jazakallah

    ReplyDelete